Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam,
menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang
sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga...... !
1.
Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2.
Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3.
Barang
siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4.
Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5.
Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam
syurga.
6.
Barang siapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.
7.
Daripada
Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
8.
Syurga
itu di bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10.
Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11.
Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12.
Aisyah
r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap
pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13.
Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14.
Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.
Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17.
Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir
(anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19.
Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.
20.
Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21.
Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
22.
Rakaat solat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
23.
Wanita
yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu
badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
24.
Wanita
yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih
akan mendapat pahala jihad.
25.
Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26.
Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27.
Wanita
yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28.
Wanita
yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
29.
Wanita yang menguli
tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30.
Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31.
Wanita
yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32.
Wanita
yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.
Wanita yang bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34.
Sekiranya wanita mati
dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35.
Jika
wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36.
Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat
dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi
susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu
tahun solat dan puasa.
37.
Jika wanita
memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38.
Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39.
Jika
suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40.
Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar